CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 06, 2011

Kata Mutiara Umar Al-Khattab

Manusia yang paling berakal adalah yang paling pemaaf kepada manusia.

Hati2lah terhadap manusia dari berburuk sangka.

Orang yang tidak mengenal kejahatan mungkin dia jatuh ke dalamnya.

Perlihatkanlah kepada kami sebaik2 akhlakmu dan ALLAH lebih mengetahui yang tersembunyi.

Yang paling kutakuti terhadapmu adalah kagumnya seseorang akan pendapatnya sendiri.

Takutilah dia yang kau benci.

Orang yang paling bijaksana adalah dia yang dapat memperhitungkan tindakan2nya.

Jangan menunda pekerjaan hari ini sampai hari esok.

Wang tidak dapat menolong mengangkat kepalanya.

Kalau seseorang menanyakan sesuatu pertanyaan kepadaku,aku tahu kecerdasannya.

Jangan melupakan dirimu sendiri pada waktu berkhutbah kepada orang-orang lain.

Semakin kurang dunia,semakin bebas engkau hidup.

Menghindari dosa adalah lebih ringan daripada sakitnya penyesalan.

Pada setiap orang yang tidak jujur aku mempunyai dua penjaga:air dan lumpur.

Jika kesabaran dan rasa terima kasih adalah dua ekor unta betina,akan menjadi sedikit soal yang akan kutunggangi.

Semoga ALLAH menyampaikan kemurahan kepada dia yang menyampaikan kepadaku kesalahan2 sebagai suatu bingkisan.

Mengapa engkau perbudak manusia,pada hal dia telah dilahirkan dari perut ibunya dengan merdeka.

Jangan tuan memandang kepada puasa seseorang atau kepada sembahyangnya,tetapi pandanglah kepada kebenaran kata2nya,dan kepada warak dan amanahnya.

Aku berpesan kepadamu,hendaklah kau takut kepada ALLAH tentang urusan manusia,tetapi janganlah takut kepada manusia tentang urusan ALLAH.

Ingatlah,menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang terlarang itu lebih baik daripada mengubatinya dengan bertaubat.

Jangan engkau terpedaya melihat kegagahan seseorang lelaki,tetapi kalau dia teguh memegang amanah itulah dia lelaki yang sebenarnya.

Jangan engkau berasa dirimu berkuasa dan hendak membuat aniaya kepada hamba ALLAH,ingatlah bahawa ALLAH lebih berkuasa dan berkuasa pula membalasnya kepada kamu.

Pemimpin negara yang paling celaka dan terkutuk ialah pemimpin yang kerana kesalahan2 langkahnya menyebabakan rakyat banyak ditimpa bahaya.

Pemimpin umat Islam hendaklah mempunyai empat sifat yang berikut,lembut bukanlah keras,keras bukanlah angkuh,berjimat bukanlah bakhil dan pemaaf yang tiada had. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipunyai,baki yang tiga itu rosak semuanya.

Rakyat akan sentiasa berjalan di atas jalan yang benar selama pemimpin2 dan ketua2nya memperlihatkan dirinya berbuat demikian.


Barang siapa takut kepada ALLAH S.W.T nescaya tidak dapat dilihat marahnya. Dan barang siapa takutkan ALLAH,tidak sia2 apa yang dia hendak.


It's Me,


0 comments:

Post a Comment

Gimme ur Slice...

Powered by Blogger.

Search This Blog