CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 05, 2011

Ibrahim Al-Khawwas dengan Pendita Nasrani

Ibrahim Al-Khawwas bercerita, pasa suatu hari sedang aku menuju ke Makkah untuk berhaji, aku tersesat. Tiba-tiba aku terlihat ada seorang pendita Nasrani mendatangiku dan ingin menemani aku dalam perjalanan itu.
Kami pun berjalan tiga hari tiga malam tanpa merasakan makan dan minum. Kami merasa lapar sekali. Pendita Nasrani itu berkata:

       “ Wahai pendita Muslim, apakah kau tidak membawa makanan dan minuman untuk kita nikmati bersama?”
       Aku menjawab, “ Ya ada.”

Padahal aku tiada membawa bekal apapun. Maka tiada jalan lain bagiku melainkan dengan memohon kepada ALLAH:

       “ Ya Tuhan hamba, wahai Penguasa yang tiada terbatas. Berilah hamba sesuatu untuk menutup lapar dan dahaga kami berdua ini dan janganlah sampai hamba dihinakan di hadapan pendita Nasrani ini, ya ALLAH, dengarlah permohonan hamba ini.”
Tanpa diduga, turunlah sebuah talam yang berisi roti, daging dan sekendi air. Kami pun makanlah sehingga kenyang.

Kami berjalan lagi, dan pada hari keempat, aku berkata kepada Nasrani itu untuk mendapatkan makanan. Aku lihat dia menadahkan tangannya ke langit dan tiba-tiba datanglah dua talam yang penuh dengan makanan.

Dia pun menjemputku makan tetapi aku tidak memakannya sehinggalah ia menjelaskan padaku tentang makanan itu. Pendita itu menjawab bahawa dia tertarik pada  sikap saya dan pada amalan saya. Dia yakin bahawa dia berada di dalam kesesatan yang nyata.
Oleh itu dia telah bermohon kepada ALLAH dengan perantaraan kesolehan saya dengan semoga ALLAH berkenan memberi kami makanan dan minuman. Maka dia pun memelluk Islam. Selesai makan, aku menyatakan padanya bahawa aku ingin mengerjakan haji di Mekah, kami pun pergi ke sana.

Sewaktu di Mekah, pendita itu telah hilang. Aku mencarinya sehingga menjumpainya di suatu tempat yang terlindung dan sedang giat bersembahyang. Dia berkata bahawa tidak lama lagi dia akan meninggal dunia. Kami pun bersalaman dan dia meneruskan solatnya. Tiba-tiba dia menggeletar lalu jatuh di  tempat solatnya sambil membaca dua kalimah syahadat. Aku bersedih dengan kehilangannya dan mengkafankannnya.

Pada malam itu aku bermimpi akan pendita itu. Dia sedang berpakaian yang sangat indah, di tempat kediaman yang amat indah pula. Aku bertanya kepadanya:

       “ Bukankah kau ini temanku?”
“ Benar.” Jawabnya.
“Alhamdulillah.” Ucapku untuknya.
Dia ketawa suka dan riang sekali.

“ Bagaimana sambutan ALLAH kepadamu?” aku bertanya kepadanya.
“ Aku datang kepada-NYA dengan membawa dosa yang bertumpuk-tumpuk, namun ALLAH berkenan mengampuniku, kerana aku telah berbaik sangka kepada-NYA, dan semoga ALLAH menjadikanku sebagai temanmu nanti di Akhirat.” Dia memberitahuku.
Aku pun terjaga dari mimpiku itu, dan merasa sangat gembira sekali.


It's Me,


0 comments:

Post a Comment

Gimme ur Slice...

Powered by Blogger.

Search This Blog