CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

Bukankah DIA Tuhan ku?

Pada suatu hari yang amat dingin mencengkam tulang pada musim salji, Dzin Nun Al-Misri keluar dari Kota Basrah. Tiba-tiba di tengah jalan, dia melihat seorang majusi menyapu salji dan membersihkannya dari permukaan bumi, kerana ia mahu menyebarkan benih-benih suatu makanan.
                 "Hai Dahqan, sekarang bukan waktu bercucuk tanam,” tegur Zin Nun.
                “ Aku lakukan itu tidak lain kerana kasihan melihat burung-burung kelaparan, maka kutebarkan benih-benih ini supaya dimakan olehnya,” balas si Majusi itu.
                “ ALLAH tidak akan menerima amalanmu ini,” kata Zin Nun lagi.
                “ Kalau dia tidak menerima amal ini, bukankah DIA Tuhan ku?” Dahqan menjawab.
Tidak lama kemudian, pada tahun itu Zin Nun Al Misri pergi haji. Tidak di sangka-sangka, Dahqan si Majusi itu ada di Baitullah sedang melakukan tawaf.
                “ Ini bukan tempatmu,” Zin Nun menegur Dahqan.
                “ Benar Syeikh! Tapi bukankah tuan tahu, hari ini adalah hari agung?” jawabnya.
                “ Tapi ALLAH  tidak akan menerima amalmu ini,” berkata Zin Nun lagi.
Si majusi itu akhirnya menjawab,
                “ Bila DIA tidak menerimaku, bukankah DIA Tuhan ku, sesungguhnya DIA melihat aku, dan menerima amalku kerana DIA telah menunjukiku kepada iman.”
Rupa-rupanya si majusi itu tadi telah diberi cahaya iman dan Islam.

~ Pengajaran:
                Majusi itu tadi telah diberi pimpinan iman dan Islam kerana amalannya yang ikhlas dan sifat kehambaannya kepada Tuhan seperti berprasangka baik dengan ALLAH akan menerima amalannya kerana itulah satu-satunya Tuhan baginya tiada Tuhan melainkan DIA.






It's Me,


Powered by Blogger.

Search This Blog