CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 01, 2010

Tanah...


Allah telah memerintahkan kepada malaikat Jibrail supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam A.S. Tetapi ketika beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, malah bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam. Ini kerna ia khuatir Adam akan membuat maksiat.

Lalu Jibrail kembali ke hadrat Allah, dia tidak dapat berbuat apa-apa, apabila mendengar sumpah bumi.

Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Mikail turun ke bumi dengan maksud yang sama. Setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibrail, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa. Dia kembali ke hadrat Allah dengan tidak membawa apa-apa juga.

Kemudian Allah menyuruh Israfil turun ke bumi untuk mengmbil tanah. Tetapi Israfil juga tidak berdaya apabila mendengar sumpah bumi. Dia kembali ke hadrat Allah dengan tidak membawa apa-apa juga.

Akhir sekali, Allah menyuruh Malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengmbil tanah. Allah berfirman “ Hai Izrail, sekarang Aku tugaskan engkau untuk mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah, jangan sekali engkau mundur. Katakana bahawa engkau mengerjakannya atas perintah dan namaKu.”

Setelah Izrail tiba di bumi, dia berkata, “Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke sini atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah pekerjaanku, ini bererti engkau membantah atas perintah Allah. Sudah tentu engkau tidak ingin makhluk yang derhaka kepada Allah, bukan?”

Apabila bumi mendengar perkataan Izrail itu, ia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya.

Setelah Izrail beberapa macam tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.

Allah berfirman. “ Ya Izrail, pertama, Aku tugaskan engkau mengambil tanah, selepas ini Aku tugaskan engkau untuk mencabut roh manusia pula.”

“ Hamba khuatir hamba akan di benci oleh anak Adam kerana pekerjaan ini.” Kata Izrail. “Tidak.” Jawab Allah: “Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturkan nya. Lalu Aku jadikannya sebab-sebab di atas kematian mereka seperti terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


Menurut keterangan para ‘ulama bahawa tanah-tanah itu adalah sepertii berikut:-

  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.
  2. Tanah bukit Nursina. 
  3. Tanah Iraq. 
  4. Tanah Aden. 
  5. Tanah Al-Kautsar. 
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah. 
  7. Tanah Paris. 
  8. Tanah Khurasan. 
  9. Tanah Babylon. 
  10. Tanah India. 
  11. Tanah Syurga.
  12. Tanah Tha’if.
Kata Ibnu Abbas:
  
  •  Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia dan juga akal.
  • Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana ia adalah alat pendengar dan tempat mendengar nasihat.

  • Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situlah tempt sujud kepada Allah.
  • Mukanya dari tanah Aden, kerana di situlah tempar berhias dan tempat kecantikan.
  • Mata dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
  • Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  • Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencar nafkah dan kerjasama sesame manusia.
  • Tangan kirinya dari tanah Paris, kerana digunakan untuk beristinja.
  • Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.
  • Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjurumuskan manusia ke lembah dosa.
  • Tulang dari tanah Tursina, alat peneguh tubuh manusia.
  • Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
  • Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situlah tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

  • Lidahnya dari tanah Tha’if tempat mengucapkan syahadat, bersyukur dam mendoakan kepada Tuhan. 



~ Imej hanyalah hiasan semata-mata ~        


It's Me,

0 comments:

Post a Comment

Gimme ur Slice...

Powered by Blogger.

Search This Blog