CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 27, 2010

Let’s Talk About Books ( hanya yg terbaik sahaja yg akan aku ulas ok!)



1) A Child Called ‘It’– Dave Pelzer

     Aku mmg suka dgn buku yg di adaptasi dri cerita sebenar. Apatah lagi kalau penulisnya sendiri yg mengalaminya. Dan salah satu buku tersebut adalah buku ini. A child called ‘it’. Dari tajuknya pun kita blh agak cite dia. Buku ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama David yg menjadi mangsa dera dan penderanya itu tidak lain dan tidak bukan melainkan ibunya sendiri! Cerita David ni sgt sadis! Bahkan baru membaca 5 m/s dr buku ini air mata seakan-akan berebut utk mengalir keluar. Aku x taula klu aku yg over sensitive tp buku ini mmg sesuatu yg akn menyedarkan anda bahawa betapa ptgnya rasa bersyukur dan rasa berterima kasih kita kpd ALLAH dgn segala hal yg berlaku dlm hidup kita w/pun hal itu kecilnya hanya sebesar zarah.
      Balik kepada cerita David ni. Hmm, seperti yg aku katakan tadi. Dia ni di dera oleh ibunya sendiri. Kata David, ibunya dahulu adalah seorang yg penuh kasih sayang. Tetapi entah apa yg menyebabkan ibunya tiba2 berubah. Menjadi seorang pemabuk, suka membentak, marah2 dan menengking sesuka hati. Dan yg paling teruk bg David sendiri ialah dia di dera oleh seseorang yg sepatutnya memberikan dia kasih sayang. Bermacam2 yg David hadapi. Cannot eat until he do all the chores that his mother give him. Sehinggakan ada masa dia terpaksa mencuri dari cafeteria skolahnya disebabkn terlalu lapar. Tidur beralaskan kotak pada musim sejuk. Mkn najis. Mnm bleach. Poor him! Dan kita, hdp serba cukup pun masih merungut. Tidak pernah bersyukur dgn apa yg telah di beri oleh ALLAH. Kepada sesiapa yg di dera oleh org tua sndr, bersabarlah kerana there will be sunshine after the rain. Contohi lah David. Hampir mati ditikam oleh ibunya sndr pun dia masih struggle memperjuangkan hidupnya w/pun ada suatu masa dia hampir berputus asa. Menyalahkan Tuhan atas apa yg telah berlaku ke atas dirinya. Sehingga dia rela mati dan tidak sanggup lagi melalui hari2 yg sgt menyeksakan. Dan sekarang dia amat berterima kasih kepada ibunya kerana jika bukan kerana kejadian yg pahit itu dia tidak mgkn akan menjadi seorng ayah yg penyayang. Menjadi seorang yg memperjuangkan mangsa2 dera. Menjadi seorang yg sgt berani!
      Lihatlah, betapa besar kuasa ALLAH S.W.T. Segala yg terjadi ada hikmahnya sendiri. Things happened for a reason right guys? Kadang-kadang aku pun selalu berputus asa dgn hidup aku yg sekarang ini. Namun smpi bila kita nk berada dlm keadaan ini kan? Terus2an menangis dan mengeluh mengapa hidup kita tidak seperti orng lain. Apa yg kita dapat bila kita buat mcm 2? Rugi segala2nya. Hidup ini tidak indah jika tidak ada masalah! Jadi bersyukurlah kerana masih ada masalah mencari anda =).

p/s : Buku A Child Called ‘it’ ini msh ada sambungannya. Ada 2 buku lagi. Salah satu buku 2 ditulis oleh abang David sendiri tapi aku blm baca lagi. insyaALLAH bila aku sudah baca aku kongsi dgn korang ya!



2) Ibadah Sepenuh Hati – Amru Khalid

Ibadah itu nikmat!

      Dalam tuntutan surah Al –Fatihah, terjadi dialog syahdu antara seorang hamba dengan Rabbnya. Di kegelapan yang hening, terjadi perjumpaan antara seorang hambaNya yg rela memutus tidur demi ibadah, dengan Penguasa alam semesta. Sang Penguasa, pemilik Arasy, yg sengaja turun ke langit dunia utk member setiap hamba yang meminta; mengabulkan mereka yg berdoa; dan mengampuni siapa saja yagn bertaubat. Sungguh, sebuah kenikmatan spiritual yg mengesankan!
      Namun, seringkali buah manis spiritual itu gagal diraih, hanya kerana kita terjebak dgn rutin sehari-hari. Solat, misalnya, dianggap sebagai kegiatan yg sekadar menggugugurkan kewajiban. Yg terjadi kemudian adalah kegiatan tanpa roh – sebuah kegiatan fizik tanpa disertai oleh partisipasi hati. Padahal, hati adalah titik sentral yg menentukan kualitas ibadah. Solat tanpa khusyuk, sia2. Sedekah tanpa ikhlas pun tak berguna.
Buku ini mencuba menggugah kembali kesedaran kita, bahwa dengan disertai kehadiran hati, ibadah sebenarnya adalah nikmat spiritual, bukan beban fizikal. Dengan bahasa dialogis, penulis mengurai sisi keindahan ibadah, disertai tips2 tertentu untuk menghadirkan hati, agar ibadah lebih bermakna.
      Sebenarnya buku ini aku pinjam dari bos aku. Aku x taula kalau ada jual kat Malaysia sbb dia beli di Indonesia. Disebabkan aku tertarik dgn isi buku ini, aku pun buat satu salinan. Buku ini sgt berguna terutamanya kpd orng yg seperti aku ni. Yang terlalu cetek ilmu agama. Bila baca buku ini mmg terkena la btg hidung sndr. Hahahaha. Tapi aku suka. Meresap ke dalam hati. Apatah lagi diterangkan segala jenis solat sunat beserta doa2nya sekali. Penulis buku ini mmg bijak. Aku mmg x tipu sebab aku dapat merasakan keindahan itu apabila kita bersungguh2 melakukannnya. Tetapi harus dgn hati yg ikhlas ya! “Jika hatiku telah khusyuk, kemudian badanku juga ikut khusyuk, dan aku pun mengalirkan air mata. Ketika itulah aku mengatakan doaku ini akan dikabulkan.” Oleh itu saudaraku sekalian. Alamilah keindahan ibadah itu. Rasailah kerana tidak akan anda jumpa keindahan yg sebenarnya di mana2 melainkan dengan beribadah!

“ Carilah hatimu di tiga bahagian; pertama, ketika membaca Al-Quran, kedua, ketika solat dan ketiga ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada ALLAH untuk memberimu hati sebab engkau belum mempunyainya”.

Indah. Hanya itu yg dapat aku luahkan!


It's Me,

0 comments:

Post a Comment

Gimme ur Slice...

Powered by Blogger.

Search This Blog